Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rke Dan Legendary Endurance Team Juara Keseluruhan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Pdrm 2023

Diterbitkan: 29 Jan 2023 11.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiu, 29 Januari 2023 - Royal Kelantan Endurance (RKE) dan Legendary Endurance Team muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rke-dan-legendary-endurance-team-juara-keseluruhan-kejohanan-kuda-lasak-antarabangsa-piala-pdrm-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:06 MYT
Setiu, 29 Januari 2023 - Royal Kelantan Endurance (RKE) dan Legendary Endurance Team muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, di sini, semalam.

Kelab itu mengetepikan 38 kelab endurance lain melalui kriteria-kriteria yang dinilai oleh pihak juri dalam kategori utama yang dipertandingkan iaitu 100 kilometer (KM) CEN/CEI*.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain dan kuda kesayangannya, 'Lord Reza' telah mengetuai Kontinjen PDRM dalam acara 100KM CEN/CEI* bersama 30 peserta lain.

Pelepasan acara yang bermula tepat jam 5.45 petang itu disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani. Dua lagi kategori utama yang dipertandingkan ialah 80KM CEN dan 40KM CEN.

Selain Tan Sri Razarudin, atlet endurance PDRM yang turut mengambil bahagian ialah DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat bagi acara VIP Ride 15KM.

Terdahulu, semua peserta bertafakur sebentar bagi memberi penghormatan atas berita pemergian Pengurus Besar Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), Allahyarham Dato' Che Md Din Ismail yang merupakan antara nama besar membangunkan dunia sukan kuda lasak negara ini.

Dalam majlis penutup yang berlangsung pagi tadi, Tan Sri Razarudin yang diiringi Ketua Polis negeri, DCP Dato' Rohaimi Md Isa telah berbesar hati menyampaikan hadiah berupa wang tunai dan piala iringan kepada semua para pemenang.

Atlet dari State of Terengganu Endurance Team (STET), Mohammad Fuad Hashim telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori 100 KM CEN/CEI*, diikuti naib johan dan tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aminuddin Ali dan Mohamad Hafiz Mustafa yang masing-masing dari RKE.
Bagi kategori 80KM CEM, Noor Nerina Ernie Hasim dari Kelab HKRC Endurance Team merebut kedudukan pertama, diikuti Muhd Hilman Idham dari Kelab Benua Equestrian Stable dan tempat ketiga milik Hamdilah Abd. Rahman dari Kelab Papaloza.

Manakala bagi kategori 40KM CEN, johan ialah Ahmad Shafik Danial Pazli dari Kelab Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Equestrian Stable, naib johan, Muhamad Faisal Mohd Ashari dari RKE dan tempat ketiga, Mohd Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari dari STET.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Dato' Rozali Salleh, Exco Pembangunan Sukan Belia dan Badan-badan Bukan Kerajaan, Encik Wan Sukaini Wan Abdullah, Pegawai Daerah Setiu, Tuan Ahmad Rizal Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Gilbert Philip Layang mewakili Pengarah Jabatan Pengurusan, Pengarah Shapadu Corporation Sdn. Bhd., Dato Sri Hj. Shafiz Dato’ Hj. Shahrani selaku penaja utama kejohanan, wakil RTES, Dr. Ahmad Naqib Abu Bakar dan barisan pegawai kanan PDRM serta wakil media.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'MALAYSIA SIA (TIEP), MAECE ANJURAN BERSAMA SHA KEJOHANAN KUDA LASAK ANTARABANGSA PIALA POL

May be an image of 3 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, horse and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 3 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 8 people, people riding horses, people standing, horse and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, people riding horses, horse, outdoors and text that says 'PDRM RM'

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, people sitting, indoor and text that says 'PIALA PO TERENGGA RAZG 37'

May be an image of 3 people, people standing and outdoors
ArtikelDiterbitkan 29 Jan 2023 11.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM