
Artikel
Opbanjir Kpn Tinjau Keadaan Semasa Bencana Banjir Di Batu Pahat
Batu Pahat, 29 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi meninjau keadaan semasa bencana banjir di dalam daera...
Batu Pahat, 29 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi meninjau keadaan semasa bencana banjir di dalam daerah Batu Pahat melalui udara.
Tinjauan menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang dikendalikan oleh Komander PGU, DCP Dato' Noor Sham Md Jani itu turut diiringi Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Beliau kemudiannya mendarat di Padang Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan disambut oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah sebelum dibawa ke Balai Polis Sri Medan, di sini untuk ditaklimatkan mengenai situasi semasa bencana banjir dalam daerah tersebut.
Sebelum berlepas pulang, beliau sempat menyantuni masyarakat di sekitar Padang MPBP yang menunggu ketibaan beliau.
Jurugambar: Koperal Muhamad Iqtar Azmi.








