Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Restoran Makanan Laut Tempat Simpan Barangan Seludup

Published: 18 Jun 2014 8.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sitiawan, 27 Jan - Bukan sahaja menjual makanan laut malah turut digunakan sebagai tempat menyimpan barangan seludup antaranya rokok dan bunga api...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/restoran-makanan-laut-tempat-simpan-barangan-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:58 MYT

Sitiawan, 27 Jan - Bukan sahaja menjual makanan laut malah turut digunakan sebagai tempat menyimpan barangan seludup antaranya rokok dan bunga api.

Dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis Marin Kg Aceh dalam Op Landai 'Musim Perayaan' ke atas restoran itu mendapati pelbagai jenis rokok putih, mercun dan bunga api disimpan di dalam kedai tersebut pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg Acheh, DSP Shaari bi Ariffin berkata, kesemua barangan tersebut adalah stok untuk dipasarkan sempena Perayaan Tahun Baru Cina akan datang dan nilai rampasan termasuk rokok putih dianggarkan RM80,000.

Seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun yang dipercayai pemilik premis turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 135 (i) (d) Akta Kastam 1957.

Restoran Makanan Laut Tempat Simpan Barangan Seludup
Sumber : Pasukan Polis Marin Sitiawan

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM