Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesin Judi Bernilai Hampir Rm1 Juta Dilupuskan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tapah, 27 Jan - Polis Perak melupuskan sejumlah 956 mesin judi, disyaki mengandungi perisian perjudian dalam talian bernilai hampir RM1 juta, yang dirampas dalam tempoh tiga tahun lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesin-judi-bernilai-hampir-rm1-juta-dilupuskan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT

Tapah, 27 Jan - Polis Perak melupuskan sejumlah 956 mesin judi, disyaki mengandungi perisian perjudian dalam talian bernilai hampir RM1 juta, yang dirampas dalam tempoh tiga tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata pihaknya memperoleh kebenaran mahkamah untuk berbuat demikian.

"Kebanyakan mesin judi yang dirampas itu adalah dari kawasan Bidor, Ayer Kuning, Temoh dan Sungkai serta Tapah. Sebanyak 55 serbuan dilakukan dengan 58 tangkapan telah dibuat dalam tempoh tiga tahun tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun telahpun didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, masih ada pemilik premis perjudian yang degil dan tetap beroperasi meskipun diserbu beberapa kali selain menggunakan kamera litar tertutup bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa. Selain itu, pemilik berkenaan juga hanya membenarkan pelanggan tetap mereka memasuki premis perjudian terbabit.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat berkenaan manakala golongan ibu bapa perlu memantau pergerakan anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan amalan berjudi.

"Ini kerana 80 peratus daripada amalan gejala sosial ini akan menyumbang perkara berkaitan perlakuan jenayah," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM