Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Remaja Antara Ditahan Samun Pegawai Polis

Published: 18 Jun 2014 2.50 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Polis Selangor telah menahan enam lelaki berumur antara 16 hingga 24 tahun di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya. Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang pegawai kanan polis di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-antara-ditahan-samun-pegawai-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:25 MYT

Polis Selangor telah menahan enam lelaki berumur antara 16 hingga 24 tahun di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya. Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang pegawai kanan polis di Petaling Jaya pada 12 Oktober lalu.

Pemeriksaan saringan air kencing mendapati empat daripada yang ditahan positif dadah.

Dalam sidang media sama, Ketua Polis Selangor memaklumkan sepasukan polis dari Balai Polis Seri Kembangan yang berjaya menahan tiga lelaki di lokasi berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga mereka ditahan adalah hasil intipan oleh pihak polis sehingga tertangkapnya kesemua saspek. Semakan terhadap saspek mendapati dua antara yang ditahan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau dan polis turut merampas beberapa buah kenderaan di mana sebuah daripadanya telah dilaporkan hilang di Kajang pada Ogos 2012.

Remaja Antara Ditahan Samun Pegawai Polis
Remaja Antara Ditahan Samun Pegawai Polis
Remaja Antara Ditahan Samun Pegawai Polis
Remaja Antara Ditahan Samun Pegawai Polis
Remaja Antara Ditahan Samun Pegawai Polis

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
ArticlePublished 18 Jun 2014 2.50 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM