Bot Laju Bawa Pendatang Tanpa Izin Terbalik Ketika Elak Dita
Sandakan,
21 Okt - Sebuah bot laju membawa lima pendatang tanpa izin terbalik
ketika dikejar bot peronda Pasukan Polis Marin di sungai Pitas Nunuyan
Darat dekat sini hari ini.
Kelima-lima
wanita Filipina berusia 24 hingga 36 tahun itu terhumban ke sungai dan
diselamatkan anggota polis marin, manakala juragan bot melarikan diri.
Komander
Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata polis marin
terserempak dengan bot laju itu pada pukul 12.45 pagi dan dipandu laju
sebaik sahaja cuba dihampiri.
Juragan bot terjun ke sungai menyebabkan bot hilang kawalan lalu terbalik.
"Kesemua wanita itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati bot laju itu dalam perjalanan membawa masuk wanita berkenaan secara haram ke daerah ini.
Sumber : BERNAMA