Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Remaja 19 Tahun Ditahan Miliki Pistol Tiruan

Published: 19 Jun 2014 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 11 April - Seorang remaja ditahan pihak polis kerana memiliki pistol tiruan di Jalan Panji, Pengkalan Chepa di sini, hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-19-tahun-ditahan-miliki-pistol-tiruan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:29 MYT

Kota Baharu, 11 April - Seorang remaja ditahan pihak polis kerana memiliki pistol tiruan di Jalan Panji, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata suspek lelaki berusia 19 itu ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada pukul 1.45 pagi semalam.

"Suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan cuba bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal Honda EX5 apabila menyedari kehadiran polis.

"Namun dia berjaya ditahan dan berlaku sedikit pergelutan antara suspek dengan anggota polis," katanya ketika di hubungi di sini, semalam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol yang dipercayai pistol tiruan bersama satu kelopak peluru serta lima biji mercun bola dalam bakul motosikal berkenaan.

Azham berkata remaja itu ditahan untuk siasatan lanjut. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM