Pil Kuda Dan Heroin Bernilai Rm5 7 Juta Dirampas Di Rantau P
Kota
Baharu, 10 April - Polis Kelantan merampas 199,791 biji dipercayai pil
kuda dan 350 botol berisi heroin yang keseluruhan dianggar bernilai
RM5.7 juta dalam Ops Cantas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Lubok
Gong, Rantau Panjang pada Selasa lalu.
Ketua
Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia merupakan hasil
serbuan ke atas sebuah rumah kira-kira 9 malam yang turut menyaksikan
penahanan seorang wanita warga Thailand yang berumur 40 tahun bersama
empat kanak-kanak berusia antara dua hingga 12 tahun.
"Dadah
disembunyikan dalam lubang yang ditutup dengan jubin dalam rumah
berkenaan. Bagaimanapun suspek utama iaitu seorang lelaki yang
dipercayai suami wanita itu, melarikan diri sebelum serbuan dilakukan.
"Polis
telah mengenal pasti lelaki rakyat tempatan berumur 47 tahun itu yang
disyaki mengedar dadah di Kelantan dan Terengganu," katanya pada sidang
akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Siasatan
awal mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kata
Jalaluddin sambil menambah pihaknya percaya pil kuda itu dijual dengan
harga RM25 sebiji.
Wanita
tersebut direman seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut
manakala empat kanak-kanak berkenaan dibebas dengan jaminan.
Jalaluddin
berkata pihaknya telah meminta kerjasama polis Thailand bagi mengesan
lelaki itu yang disyaki melarikan diri ke negara jiran berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sumber : BERNAMA