Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Remaja 16 Tahun Dan Kekasih Ditahan Polis Bersama Heroin Dan Syabu

Published: 28 May 2015 8.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 28 Mei - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan kekasihnya, berusia 36 tahun ditahan dalam sekatan jalan di Taman Lake Home, Kubang Pasu malam tadi kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-16-tahun-dan-kekasih-ditahan-polis-bersama-heroin-dan-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:24 MYT


Alor Setar, 28 Mei - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan kekasihnya, berusia 36 tahun ditahan dalam sekatan jalan di Taman Lake Home, Kubang Pasu malam tadi kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Rahim Abdullah berkata dalam sekatan 9.45 malam itu, polis merampas tujuh paket plastik lutsinar mengandungi heroin seberat 131 gram dan dua paket syabu seberat 5.01 gram daripada lelaki itu.

Beliau berkata anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang menjalankan rondaan di Taman Tunku Sarina menahan pasangan itu yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash dan berada dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota URB mengarahkan suspek supaya berhenti tetapi suspek memecut laju namun berjaya dipintas dan ditahan di bulatan Taman Lake Home untuk pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata dalam pemeriksaan itu, selain dadah, polis turut menemui wang tunai RM1,200 yang dipercayai hasil penjualan dadah.

Katanya suspek lelaki berasal dari Pendang dan remaja perempuan dari Jeniang itu kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

ArticlePublished 28 May 2015 8.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM