Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peninju Terbaik Kelab Pdrm Bakal Gegar Stadium Titiwangsa

Diterbitkan: 28 May 2015 7.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM menghantar enam peninju terbaik mereka untuk menyertai Kejohanan DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Sabtu dan Ahad ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peninju-terbaik-kelab-pdrm-bakal-gegar-stadium-titiwangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:59 MYT

Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM menghantar enam peninju terbaik mereka untuk menyertai Kejohanan DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Sabtu dan Ahad ini.

Pasukan pada kali ini diketuai oleh Pengelola Tinju dan Muaythai PDRM, ASP Mohd Hazilreza Mohd Ghazali dengan dibantu Inspektor Azlan Ab. Wahab yang baharu dilantik mengepalai kelab tersohor tersebut.

Menurut Setiausaha Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Firdaus Yaacop, kesemua peninju pada kali ini pernah mewakili negara ke Kejohanan IFMA World Muaythai Championship di Pulau Langkawi tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Peninju Terbaik Kelab Pdrm Bakal Gegar Stadium Titiwangsa
ArtikelDiterbitkan 28 May 2015 7.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM