Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rasuah Tiga Warga Indonesia Warga Myanmar Dipenjara Sehar

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ia adalah sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman kepada mereka kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang merupakan kesalahan dibawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rasuah-tiga-warga-indonesia-warga-myanmar-dipenjara-sehar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:21 MYT

Shah Alam, 28 Jun - Tiga warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mereka mengaku bersalah memberi suapan kepada tiga anggota polis trafik Selasa lepas.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar juga memerintahkan Abdul Rohman Rais, 36, Mat Soleh, 32, Marhamah, 39, dan Min Myo Min, 37, dipenjarakan sebulan lagi jika mereka gagal membayar denda.

Abdul Rohman, Mat Soleh dan Min Myo Min masing-masing didakwa memberi suapan RM50 dan RM100 kepada Sarjan Ahmad Khairi Ley, Koperal Mohd Nor Mohd Yacoob dan Koperal Abdul Aziz Jaafar yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kajang cawangan trafik.

Ia adalah sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman kepada mereka kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang merupakan kesalahan dibawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Marhamah pula didakwa memberi suapan RM50 kepada Ahmad Khairi sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadap adik sepupunya bernama Rumiati atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu semasa menunggang motosikal.

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Plaza Tol Batu 9, Cheras dekat sini antara pukul 7.35 pagi dan 9.15 pagi pada 25 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lokman Kassim sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM