Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rampasan Perjudian Internet Di Temerloh Cecah Rm0 5 Juta

Published: 17 Jun 2014 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kegiatan perjudian Internet di pusat kafe siber di daerah Temerloh dilihat agak membimbangkan dengan jumlah rampasan bagi tempoh empat bulan lepas mencecah RM0.5 juta..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rampasan-perjudian-internet-di-temerloh-cecah-rm0-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:28 MYT
TEMERLOH, 17 Jan 2013 (Bernama) -- Kegiatan perjudian Internet di pusat kafe siber di daerah Temerloh dilihat agak membimbangkan dengan jumlah rampasan bagi tempoh empat bulan lepas mencecah RM0.5 juta.

Ketua Polis Daerah Temerloh Pemangku ACP Abdul Aziz Salleh berkata bagi tempoh September sehingga Disember tahun lepas, 83 serbuan dibuat di premis kafe siber yang menjalankan aktiviti haram itu.

"Sebanyak 91 pemilik dan penjaga premis terbabit ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(B) Enakmen Hiburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat juga beberapa premis yang diserbu, kembali beroperasi semula.

"Pihak polis memberi amaran akan bertindak lebih agresif lagi terhadap premis yang kembali beroperasi sekalipun pernah diserbu sebelum ini," katanya.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM