Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keldai Akaun Dicekup 17 Warga Nigeria Ditahan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang wanita tempatan yang dijadikan keldai akaun ditahan di sebuah bank ketika sedang cuba mengeluarkan wang tunai berjumlah RM30,000 daripada akaun miliknya. Wang tersebut dipercayai hasil daripad..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keldai-akaun-dicekup-17-warga-nigeria-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:18 MYT
KELDAI AKAUN DICEKUP, 17 WARGA NIGERIA DITAHAN

Seorang wanita tempatan yang dijadikan keldai akaun ditahan di sebuah bank ketika sedang cuba mengeluarkan wang tunai berjumlah RM30,000 daripada akaun miliknya. Wang tersebut dipercayai hasil daripada kegiatan penipuan sindiket African Scam.

Penangkapan wanita tersebut membawa kepada penahanan 17 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Thail and dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras itu. Sindiket terbabit dipercayai mendalangi kes penipuan melalui laman sosial yang menyasarkan wanita dan lelaki dengan menggunakan individu kacak dan cantik sebagai umpan atau kaedah penipuan yang diperkatakan kini sebagai Internet Romance Scams.

Kesemua mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Akhbar Harian Metro

Keldai Akaun Dicekup 17 Warga Nigeria Ditahan
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM