Rampasan Dadah Selamatkan 10 Ribu Pengguna
PUCHONG,
16 Disember - Dua lelaki ditahan bersama dadah yang dianggarkan
bernilai hampir RM 80,000.00 bersama empat buah kenderaan yang dirampas
dalam serbuan tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd
Razak b. Elias dadah pelbagai dadah yang dirampas tersebut adalah untuk
kegunaan hampi 10 ribu pengguna. Namun
usaha pengedar dadah telah digagalkan dengan kebijaksanaan pegawai dan
anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang telah
menunjukkan kecmerlangan dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan.
Syabas




