Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Cicak Tumpas

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menemui beberapa jenis dadah di dalam rumah itu, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000 dan wang tunai kira-kira RM50,000, dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-cicak-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:02 MYT

16 Disember 2011 - Geng 'Cicak', yang baru berjinak-jinak mengedar dadah menggunakan kereta mewah yang dicuri, ditumpaskan polis apabila dua anggotanya ditangkap di Puchong, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang, YDH Supt Abdul Razak bin Elias berkata dua lelaki berumur 27 dan 39 tahun itu, yang mempunyai tatu cicak di dada, ditahan dalam dua operasi berasingan hasil risikan dan intipan polis.

"Kira-kira 3 petang pada 14 Dis, seorang lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Puchong dan cuba melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry selepas dihampiri polis.

"Lelaki itu kemudian ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Johor pada 13 Nov lepas," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata suspek kemudian membawa polis ke satu unit rumah di pangsapuri itu dan menahan suspek kedua yang juga ketua geng berkenaan.

YDH SUPT Abdul Razak bin Elias berkata pemeriksaan ke atas suspek kedua dan di sekitar unit rumah itu membawa kepada penemuan beberapa rangkai kunci tertera logo 'Toyota', 'Proton' dan 'Mitsubishi' selain nombor pendaftan palsu, salinan cukai palsu dan surat pendaftaran kenderaan disyaki untuk tujuan jenayah.

Beliau berkata polis turut menemui beberapa jenis dadah di dalam rumah itu, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000 dan wang tunai kira-kira RM50,000, dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah. Dadah yang dirampas tersebut adalah untuk kegunaan hampir 10 ribu pengguna.

"Di parkir pangsapuri itu pula, kita menemui sebuah kereta Toyota Wish yang dilaporkan hilang di Johor pada 12 Nov, sebuah Mitsubishi Colt yang tidak mempunyai rekod pendaftaran di negara ini serta sebuah Proton Iswara dipercayai milik suspek.

"Turut ditemui di dalam kereta-kereta itu adalah parang, beberapa bilah pisau dan 'power arm' yang diubahsuai dipercayai untuk menyimpan dadah,' katanya.

Menurutnya siasatan mendapati kumpulan itu menghuni unit rumah itu sejak sebulan lepas bagi menjalankan kegiatan pengedaran dadah menggunakan kereta mewah yang dicuri bagi pasaran Lembah Klang.

YDH SUPT Abd Razak bin Elias berkata siasatan juga mendapati kedua-dua suspek pernah terlibat dalam kesalahan jenayah dadah sebelum ini dan mereka ditahan reman sehingga 22 Dis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Geng Cicak Tumpas
 YDH Supt Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, berucap ketika sidang media di adakan...
 
Geng Cicak Tumpas
Antara mereka yang menyertai Operasi Ops Cicak..

Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
Wartawan yang turut hadir...

Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
YDH Supt Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang menunjukkan cara terbaru menyembunyikan dadah..

Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
Geng Cicak Tumpas
Antara barang - barang rampasan...

Geng Cicak Tumpas
Cukai jalan palsu yang digunakan penjenayah...

Geng Cicak Tumpas
Antara barang - barang rampasan...

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM