Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rampas Ketamin Ecstasy Bernilai Rm300 000

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Johor berjaya merampas dadah dianggar bernilai RM330,000 dan menahan enam orang termasuk tiga warga Singapura dalam dua serbuan pada minggu lepas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rampas-ketamin-ecstasy-bernilai-rm300-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

JOHOR BAHARU, 29 Julai 2010 -- Polis Johor berjaya merampas dadah dianggar bernilai RM330,000 dan menahan enam orang termasuk tiga warga Singapura dalam dua serbuan pada minggu lepas dan kelmarin, di sini.

Ketua Polis Negeri, Dato' Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan pertama pada Rabu minggu lepas, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 28 dan 38 tahun di Taman Seri Austin kerana disyaki mengedar dadah jenis ketamin.

Mereka yang dipercayai mengedar dadah sejak lima tahun lepas ditahan dalam serbuan di sebuah rumah pada pukul 11 malam, dan hasil pemeriksaan polis menemui ketamin seberat 8.6 kilogram, pelbagai peralatan pembungkusan dan pengedaran, katanya kepada pemberita, di sini pada Khamis.

Beliau berkata dadah itu dianggar bernilai RM250,000 dan dipercayai untuk edaran tempatan.

Polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha LC, seutas rantai emas dan sebuah kereta Proton Waja dengan nilai keseluruhan RM27,500, katanya.

Dalam serbuan kedua di sebuah apartmen di Senibong, Masai pada Selasa lepas, polis menahan tiga rakyat Singapura dan seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sebuah sindiket mengedar dadah di bandar raya ini.

Warga Singapura terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita daripada sebuah keluarga, masing-masing berusia 28, 62 dan 61, serta lelaki tempatan berusia 37 tahun itu dipercayai aktif sejak awal tahun ini, katanya.

Dalam serbuan pukul 2 petang itu polis menemui dadah dipercayai ecstasy dalam bentuk serbuk dan pil iaitu lima paket plastik mengandungi 350 gram serbuk dan 32 biji pil seberat lapan gram dengan nilai keseluruhan kira-kira RM80,000.

Polis turut menjumpai pelbagai peralatan pencetak dan pembungkusan pil di apartmen tersebut serta menyita sebuah kereta Honda City bernilai RM87,000.

Kesemua yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM