Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

133 Kg Dadah Jenis Syabu Dirampas 2 Lelaki Berjaya Ditangka

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Telah Membuat Satu Serbuan Di Sebuah Rumah Dekat Mont Kiara, Kuala Lumpur Dan Berjaya Menangkap 2 Lelaki Serta Merampas 113Kg Dadah Je..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/133-kg-dadah-jenis-syabu-dirampas-2-lelaki-berjaya-ditangka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:53 MYT

Bukit Aman, 31 Julai 2010 -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman telah menerima  maklumat tentang sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier dan kargo MAS untuk menyeludup dadah dari luar negara ke Malaysia.

Susulan dari maklumat tersebut, pada 31 Julai jam lebih kurang 3.00 petang, sepasukan polis  dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah melancarkan satu serbuan di sebuah rumah di alamat NO 32, Amarin Kiara, Jalan Desa Kiara 1, Mont Kiara 50480, Kuala Lumpur. Dalam serbuan itu, polis berjaya menangkap seorang lelaki Cina warga tempatan dan seorang lagi lelaki warganegara Iran di dalam rumah itu.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah itu, polis telah menjumpai 8 unit gulungan plastik yang dibalut dengan plastik dengan pelekat "ARAMEX INTERNATIONAL EXPRESS MULTI-LOT LABEL" di bahagian tengah. Setiap gulungan plastik tersebut mengandungi bekas tertutup dan apabila diperiksa, terdapat satu bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan kristal dan disyaki dadah jenis syabu. Jumlah berat kasar dadah yang dirampas adalah 113 kg dengan anggaran harga pasaran RM24.86 juta.

Pihak JSJN telah menyita sebuah kereta jenis Mercedez Benz E250 bernilai RM550 ribu. Ahli sindiket yang ditangkap berumur antara 26 hingga 45 tahun dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang lain.

133 Kg Dadah Jenis Syabu Dirampas 2 Lelaki Berjaya Ditangka
8 bungkusan dadah jenis Syabu yang telah dirampas

133 Kg Dadah Jenis Syabu Dirampas 2 Lelaki Berjaya Ditangka
Gulungan plastik yang dijumpai semasa pemeriksaan didalam rumah

133 Kg Dadah Jenis Syabu Dirampas 2 Lelaki Berjaya Ditangka
Ruang tersembunyi yang terdapat dalam gulungan plastik tersebut di mana dadah itu disorok.

133 Kg Dadah Jenis Syabu Dirampas 2 Lelaki Berjaya Ditangka
 kanan...YDH DCP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah1, JSJN (Risikan/Operasi) dan ASP Chandra Segaran bersama dengan barang kes yang berjaya dirampas.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM