Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rampas Dadah Bernilai Rm1 9 Juta Dalam Masa Seminggu

Published: 18 Jun 2014 12.41 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER – Kejayaan PDRM dalam membenteras jenayah dadah terus membuahkan hasil. Dalam minggu terakhir bulan Ogos yang lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya men..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rampas-dadah-bernilai-rm1-9-juta-dalam-masa-seminggu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:55 MYT

KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER – Kejayaan PDRM dalam membenteras jenayah dadah terus membuahkan hasil. Dalam minggu terakhir bulan Ogos yang lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya mengangkap seramai tujuh orang lelaki dan dua orang wanita di dalam beberapa serbuan. Sejumlah 12.15kg Ketamine, 5.84kg Syabu, 7kg Ephedrine serta wang tunai berjumlah RM135,400.00 turut dirampas.

Kesemua suspek yang berumur di antara 25 hingga 61 tahun kini ditahan untuk siasatan di bawah Sek. 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Pada serbuan pertama yang telah dijalankan pada 25 Ogos, sepasukan Polis dari JSJN Bukit Aman telah menangkap seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 27 tahun di kawasan Jalan Lanang, Sibu Sarawak yang menggunakan laluan dari Chennai – KLIA – Sibu - Indonesia.

Hasil dari tangkapan tersebut, polis berjaya merampas 3.4kg dadah disyaki Syabu yang disorokkan di dalam beg galas. Sindiket ini telah menggunakan laluan baru iaitu melalui Sarawak ke Indonesia setelah pihak berkuasa memperketatkan laluan penyeludupan melalui KLIA dan Sabah.

Pada serbuan kedua yang telah dijalankan pada 28 Ogos , sepasukan Polis dari JSJN Bukit Aman sekali lagi telah membuat serbuan di Taman Perling, Johor Bahru dan telah berjaya menangkap dua orang perempuan keturunan India Muslim yang berumur 37 dan 61 tahun.

Hasil tangkapan tersebut, polis berjaya merampas 7kg disyaki Ephedrine yang disembunyikan didalam bekas putih bertulis ‘Herbalife’ yang diseludup dari Negara India melalui perkhidmatan penghantaran cepat pos laju.
Pada 29 Ogos, pihak JSJN Bukit Aman telah berjaya menangkap lima lelaki Cina berumur 25 hingga 32 tahun di kawasan Jinjang, Kuala Lumpur dan juga kawasan Taman Desa Tebrau, Johor Bahru.

Hasil tangkapan tersebut, 12.15kg dadah disyaki Ketamin berjaya dirampas. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat di antara JSJN dengan Ministry Of Justice, Investigation Bureu (MJIB) Taiwan.

Pada 30 Ogos, Pihak JSJN Bukit Aman telah merampas satu kotak dari Pusat Mel & Kurier Pejabat POS Malaysia, KLIA Sepang yang mengandungi 944g disayaki Syabu. Kejayaan ini juga hasil kerjasama dengan POS Malaysia dalam membenteras penyeludupan dadah memalui POS Malaysia.

Pada hari yang sama, pihak JSJN Bukit Aman telah menangkap seorang lelaki Iran berumur 25 tahun yang cuba menyeludup dadah Syabu ke Malaysia melalui penerbangan dari Kish Island – Dubai – KLIA, lelaki tersebut ditahan di Aras 3 Bangunan MTB, KLIA, Sepang.

Hasil dari tangkapan tersebut, polis berjaya merampas 1.5kg dadah disyaki Syabu yang disembunyikan di dalam dua bagasi.

Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1.9 juta.

Rampas Dadah Bernilai Rm1 9 Juta Dalam Masa Seminggu
Rampas Dadah Bernilai Rm1 9 Juta Dalam Masa Seminggu
Rampas Dadah Bernilai Rm1 9 Juta Dalam Masa Seminggu

Sumber : PRO Bukit Aman

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.41 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM