Ramah Mesra Pelatih Inspektor Skuad 1 84
Kuala Lumpur - 3 November 2007 - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2007, Ramah Mesra PI (T) Skuad 1/84, telah di adakan di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur.
"Pertemuan kita malam ini amat bermakna. Selain Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis, kita juga menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir walau pun sibuk dengan tugasan masing-masing",
"Kita sebagai sebuah keluarga kecil dalam PDRM adalah diharapkan pertemuan sedemikian akan dijadikan sebagai acara tahunan dan ahli jawatankuasa penganjur akan dilantik".
Demikian kata Supt. Raja Shahrom Raja Abdullah, Tim, KJSJ Johor selaku Pengerusi Penganjur Ramah Mesra PI (T) Skuad 1/84 itu.
Skuad 1/84 Pelatih Inspektor Polis itu menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak Kuala Lumpur mulai 4 November 1984 sehingga 4 Mei 1985.
Pada
majlis itu dihadiri seramai 50 orang pegawai polis samada yang masih
berkhidmat atau telah meninggalkan perkhidmatan polis hadir menyerikan
majlis.

Gambar kenangan Skuad 1/84 di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur.