Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Saranan penglibatan penduduk bersama-sama polis dalam aktiviti pencegahan jenayah bukanlah satu alasan untuk mengelakkan polis daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, te..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rakyat-bersama-polis-pertahan-keamanan-negara-ydh-dig-dato-sri-khalid-abu-bakar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:25 MYT
Nilai , 16 Julai 2011 - "Saranan penglibatan penduduk bersama-sama polis dalam aktiviti pencegahan jenayah bukanlah satu alasan untuk mengelakkan polis daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, tetapi adalah lebih menjurus kepada penggunaan strategi yang menyeluruh untuk mengurangkan peluang penjenayah bertindak sewenang-wenangnya," ujar YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, hari ini.


Berucap semasa Majlis Perasmian Program Skim Kepolisan Masyarakat Dan Crime Awareness Team (CAT) di Dataran Nilai, Seremban Negeri Sembilan, beliau menegaskan penggemblengan tenaga bersama di antara polis dengan masyarakat umum merupakan satu usaha yang mampu mematahkan semua peluang penjenayah untuk melakukan jenayah di negara ini.


Beliau turut menambah, pucuk pimpinan PDRM amat menyambut baik dengan langkah yang telah dijalankan melaui program Skim Kepolisan Masyarakat Masyarakat dan CAT oleh polis Kontinjen Negeri Sembilan ini yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat negeri ini bebas jenayah, melalui penerapan konsep 'polis dan masyarakat'.


Program seumpama ini juga katanya mampu mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat serta memberi galakan kepada para belia supaya menyertai Crime Awareness Team ini.


Di samping itu, pihak Polis juga akan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pendedahan kepada orang ramai untuk memahami dengan lebih jelas tentang pola perlakuan jenayah di sekeliling mereka, seterusnya memberi pengetahuan bagaimana sesuatu jenayah itu boleh dielakkan atau dicegah.


Program Skim Kepolisan Masyarakat Dan Crime Awareness Team (CAT) ini juga menurutnya adalah satu daripada 29 inisiatif PDRM dalam mencapai sasaran NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah.


Turut hadir pada hari ini, YDH Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato' Osman bin Haji Salleh, YDH SAC Dato' Abdul Manan bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Y.Bhg Baharudin bin Ali, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri, Y.Bhg Zulkifli bin Ahmad, Pengurus Besar Allson Hotel Putra Nilai yang juga penganjur rasmi program pada hari ini, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
SIMBOLIK PERPADUAN KAUM..Ketibaan YDH DIG Dato' Khalid Abu Bakar disambut oleh anak-anak belia yang berpakaian mewakili bangsa-bangsa di Malaysia.

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Ucapan pembukaan daripada Y.Bhg Zulkifli bin Ahmad, Pengurus Besar Allson Hotel Putra Nilai yang juga penganjur rasmi program pada hari ini.

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Ucapan daripada YDH SAC Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan.

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Ucapan perasmian daripada Timbalan Ketua Polis Negara.

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
AKSI..Persembahan Gayung Perang daripada VAT 69 Komando.

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Simbolik perasmian Program Skim Kepolisan Masyarakat Dan Crime Awareness Team (CAT)

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Penyerahan sijil penghargaan kepada kepada individu-individu yang banyak membantu masyarakat dan Polis dalam mengurangkan kadar jenayah di Negeri Sembilan.

Rakyat Bersama Polis Pertahan Keamanan Negara Ydh Dig Dato Sri Khalid Abu Bakar
Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke gerai-gerai pameran PDRM dan jabatan-jabatan awam lain yang terdapat dalam program hari ini.
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM