Raja Perlis Anugerah Spmp Kepada Tan Sri Hj Ismail
Arau, 17 Mei 2012 - Inspektor
Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, dianugerah
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), oleh Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail, Raja Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke
69, di Balairong Seri, istana Arau, Perlis.
Berangkat
sama ke Istiadat itu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti
Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat
Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin
Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah
Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis serta Dato' Seri Md.
Isa Sabu, Menteri Besar Perlis.
Darjah
Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) dizahirkan pada 21 September 1965.
Darjah tersebut mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana.
Penerima kurnia bagi Darjah ini membawa gelaran Dato' Seri.
Pada
istiadat sama ACP Zainuddin Ahmad dikurniakan Darjah Setia Mahkota
Perlis (SMP) dan Supt. Che Man Md. Dros, Ketua Polis Daerah Padang
Besar, Perlis dianugerahkan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP).
Turut
diadakan Majlis Santapan Negeri yang diadakan di Istana, Arau, Perlis,
dengan tema 'Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat,
Negeri Disanjung'.
Bersama-sama
hadir ialah Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia
(SUPM) dan SAC Zull Aznam Haron, Ketua Polis Perlis.
Gambar Sekitar Majlis
Teks & Foto : S/Insp. Megat Nizar