Seorang ‘raja dadah Chow Kit’ yang dipercayai menjadi pembekal utama dadah kepada penagih sekitar Lorong Haji Taib akhiraya tumpas di berkas polis.
Suspek berusia 50 tahun itu dikesan turut mempunyai kemahiran memasak dadah syabu berdasarkan penemuan alatan di rumah disewanya.
Pemeriksaan polis di kediaman suspek menemui tujuh peket dadah syabu dianggarkan seberat satu kilogram, 12 tiub dadah heroin seberat dua gram dan beberapa peralatan, cecair serta serbuk kimia untuk memproses syabu bernilai RM150,000.
Selain suspek, polis turut menahan seorang lelaki yang juga rakan penjenayah berusia 42 tahun serta ujian saringan awal polis ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif mengambil dadah syabu.
Kedua-dua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara jenayah selama tujuh hari bermula Khamis lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika dlsabitkan kesalahan.
Sumber: Harian Metro
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Raja Dadah Chow Kit Diberkas
Seorang ‘raja dadah Chow Kit’ yang dipercayai menjadi pembekal utama dadah kepada penagih sekitar Lorong Haji Taib akhiraya tumpas di berkas polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/raja-dadah-chow-kit-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.