Artikel
Pdrm Bantu Cuci Madrasah Addiniyah Ismailiyah
Temerloh: Lebih 100 sukarelawan menyertai Program Jiwa Murni Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu membersihkan Madrasah Addiniyah Ismailiyah di Kampung P...
Temerloh: Lebih 100 sukarelawan menyertai Program Jiwa Murni Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu membersihkan Madrasah Addiniyah Ismailiyah di Kampung Paya Jauh, di sini yang terjejas teruk akibat banjir.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato' Mazlan Mansor berkata madrasah itu dipilih sebagai lokasi terbaharu PDRM menjalankan program tersebut setelah menerima laporan bahawa bangunan sekolah pondok berkenaan rosak teruk dan perlu dipulihkan segera untuk kemasukan pelajar baharu.
"Program Jiwa Murni ini adalah cetusan idea pucuk pimpinan PDRM yang peka dengan musibah banjir dan meminta warga polis mengambil bahagian secara aktif membantu mangsa banjir,"katanya kepada pemberita selepas program dijalankan.

Sumber: Utusan Malaysia