Rahsia Bungkusan Nasi Kandar Rm1 5 Juta Terbongkar
Taktik sekumpulan ahli kongsi gelap menjalankan aktiviti memproses dan mengedar dadah yang dibungkus menyerupai nasi kandar terbongkar selepas diserbu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang Selasa lalu.
Suspek terdiri lima lelaki tempatan yang dipercayai ahli Geng 04 dan Sio Sam Ong itu diberkas di dua buah kondominium di Bayan Lepas dan di Butterworth dalam serbuan mulai pukul 9.30 pagi hingga 10.45 malam.
Nilai rampasan dadah seberat 25 kilogram dianggarkan bernilai RM1.5 juta.