Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Suspek Pengedar Dadah Ditahan Di Labuan

Diterbitkan: 24 Jul 2015 8.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 24 Julai- Polis menahan tiga lelaki disyaki pengedar dadah dalam pergelutan dekat sebuah gudang di Kg Saguking di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-suspek-pengedar-dadah-ditahan-di-labuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:52 MYT

Labuan, 24 Julai- Polis menahan tiga lelaki disyaki pengedar dadah dalam pergelutan dekat sebuah gudang di Kg Saguking di sini semalam.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman hari ini berkata tiga lelaki berkenaan berumur 32, 34 dan 41 tahun, ditahan bersama-sama satu bungkusan plastik mengandungi 13.43 gram syabu.

Mereka sedang menunggu dalam sebuah kereta Toyota Vios dekat gudang Sebor apabila polis narkotik menghampiri mereka pada 4.50 petang, katanya.

Mereka terlibat dalam pergelutan dengan anggota polis berkenaan dan cuba melarikan diri, katanya dan menurutnya seorang daripada mereka membuang satu bungkusan plastik ke bawah kereta itu.

Pasukan polis berjaya menahan mereka, katanya dan menurutnya suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 8.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM