Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ragbi Piala Rujirawongse Edisi Ke 34 Kpn Dan Isteri Hadir Saksikan Aksi Pdrm Menentang Rtp

Diterbitkan: 14 Dec 2023 6.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pattaya, 14 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyaksikan perlawanan Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse Edisi Ke-34 antara Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Pasukan Ragbi Royal Thai Police (RTP), petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ragbi-piala-rujirawongse-edisi-ke-34-kpn-dan-isteri-hadir-saksikan-aksi-pdrm-menentang-rtp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT
Pattaya, 14 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyaksikan perlawanan Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse Edisi Ke-34 antara Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Pasukan Ragbi Royal Thai Police (RTP), petang tadi.

Kejohanan dwi tahunan pada kali ini berlangsung di pentas tuan rumah dekat Stadium Ragbi, Sekolah Ragbi Thailand yang terletak dalam Wilayah Chonburi, di sini.
Hadir sama untuk memberikan sokongan kepada atlet ragbi Pasukan tadi ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Husein Omar Khan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman.

Menerusi Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse, Pasukan Ragbi PDRM terpaksa akur dengan ketangkasan pasukan lawan di gelanggang sendiri setelah tewas 24-7 sehingga selesai masa perlawanan.

Walau bagaimanapun, PDRM tetap membawa berita gembira buat peminat sukan ragbinya, apabila Pasukan Ragbi Veteran PDRM berjaya menundukkan Pasukan Ragbi Veteran RTP menerusi mata kemenangan 10-19 di stadium sama.
Lebih manis lagi, kemenangan Pasukan Ragbi Veteran PDRM tadi berjaya membawa pulang hadiah iringan, Piala Sukvimol 2023.

Berucap di majlis apresiasi meraikan para atlet sukan ragbi dekat perkarangan Hotel Amari, di sini, Tan Sri Razarudin berharap agar segala ilmu yang telah diperoleh dalam sesi latihan di Sekolah Ragbi Thailand dapat digunakan di lapangan tugas sebenar.
"Saya optimis bahawa para pemain dapat mengaplikasikan segala ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi latihan dan pertandingan, di lapangan tugas sebenar.

"Ia sekaligus dapat meningkatkan kemahiran serta keupayaan diri para pemain (ragbi), dalam memberikan perkhidmatan kepolisan yang berkualiti kepada negara dan masyarakat," ujar beliau.

Hadir sama, Police Commisioner General of RTP selaku tuan rumah, Police General Torsak Sukvimol, Deputy Police Commisioner General of RTP, Police General Sarawut Karnpanich dan Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Muhammad Najib Hamzah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Izqhar Zainal Ibidin

 
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2023 6.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM