Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Dahulu Cuci Bangunan Kini Jadi Polis

Diterbitkan: 15 Dec 2023 1.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Menurut Konstabel Mohd Radzi Safri, 20, demi mencapai cita-citanya, dia tidak berasa rendah diri untuk memohon jawatan tersebut walaupun sebelum itu hanya bekerja sebagai tukang cuci bangunan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dahulu-cuci-bangunan-kini-jadi-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:21 MYT
Segamat, 15 Disember 2023 - Seorang pemuda bersyukur apabila berjaya mencapai cita-citanya menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Konstabel Mohd Radzi Safri, 20, demi mencapai cita-citanya, dia tidak berasa rendah diri untuk memohon jawatan tersebut walaupun sebelum itu hanya bekerja sebagai tukang cuci bangunan.

“Saya sebenarnya sudah lama memendam impian memohon untuk menjadi anggota polis sebaik sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2021.

“Namun, tangguhkan hasrat itu kerana ingin bekerja mengumpul duit sendiri dan saya sempat bekerja sebagai tukang cuci bangunan selama setahun di sekitar Mukah, Sarawak.

“Saya tidak sangka kebetulan tawaran untuk menyertai PDRM hadir selepas saya bekerja berdikari menyimpan sedikit duit dan saya terus menerima tawaran untuk menyertai Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel,” katanya ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel di Pusat Latihan Polis, dekat sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../dahulu-cuci-bangunan-kini.../



Artikel Pilihan Dahulu Cuci Bangunan Kini Jadi Polis
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2023 1.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM