Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mati Larikan Rm3 000

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jasin - 24 Mei 200. Seorang penjenayah warga asing yang mengikat satu keluarga untuk dijadikan tebusan selama 11 jam di Kampung Jambatan Air Baruk, di sini, akhirnya mati dalam kejadian berbalas temba..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mati-larikan-rm3-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:59 MYT

Jasin - 24 Mei 200. Seorang penjenayah warga asing yang mengikat satu keluarga untuk dijadikan tebusan selama 11 jam di Kampung Jambatan Air Baruk, di sini, akhirnya mati dalam kejadian berbalas tembak petang semalam.

Sejurus sebelum ditembak, lelaki berasal dari Lombok, Indonesia itu yang dikenali sebagai Harapan, 27, menjadikan seorang mangsa sebagai perisai manusia apabila menyedari dia sudah dikepung 12 anggota polis. Dia bersenjatakan selaras senapang patah dan parang.

Sebaik suami wanita itu pulang, dia diacu dengan senapang dengan amaran keluarganya akan dicederakan jika tidak berjaya mendapatkan wang tebusan berjumlah RM3,000.

Namun, lelaki itu yang bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit tidak mempunyai wang sebanyak itu dan berjaya meyakinkan suspek supaya membenarkannya menelefon seorang rakan untuk bantuan.

Rakan mangsa bagaimanapun hanya menyerahkan RM500, menyebabkan suspek tidak berpuashati.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, YDH Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pihaknya mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tersebut selepas rakan mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi.

Sebaik menerima laporan, seramai 12 anggota polis untuk mengepung mangsa dan cuba memujuk suspek supaya menyerah diri.Untuk membolehkan suspek melepaskan tebusan-tebusan itu, polis memberikan wang sebanyak RM2,500 agar mencukupkan RM3,000 yang dituntut oleh lelaki itu.

Selepasa mengambil wang tersebut, suspek cuba melarikan diri dengan menculik salah seorang mangsa sambil meletakkan parang ke leher mangsa dan pada masa yang sama melepaskan tembakan ke arah polis.

Bagaimanapun, suspek hanya sempat melarikan diri sejauh 200 meter dari rumah apabila tembakan balas polis yang mengenainya dan mati di tempat kejadian.

Polis percaya senapang yang digunakan suspek adalah senapang yang dilaporkan dicuri dari pejabat ladang sawit di situ beberapa minggu lalu.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM