KUALA LUMPUR: Sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, di sini, yang menggunakan khidmat GRO diserbu sepasukan anggota dari Unit Maksiat Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, awal pagj semalam.
Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menahan 18 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai GRO.
"Kita turut menahan dua lelaki tempatan berusia 40 dan 50 tahun yang dipercayai bekerja sebagai penjaga dan pengurus premis itu," katanya.
Menurutnya, GRO berkenaan turut menawarkan perkhidmatan seks sekitar RM180 hingga RM200 dan menjadikan di hotel bajet berhampiran sebagai lokasi pelacuran.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B, 6(1) C Akta Imigresen dan Seksyen 11 (7) Peraturan Imigresen

Sumber: Sinar Harian