Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pusat Judi Terbesar Di Perak Diserbu

Published: 13 Jun 2014 3.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berbekalkan 64 buah mesin slot judi yang kesemuanya bernilai kira-kira RM256,000, pusat judi ini pada asalnya dibuka sebagai pusat hiburan keluarga, menjalankan kegiatan pertaruhan haram di ruang bela..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-judi-terbesar-di-perak-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:18 MYT

KAMPAR 19 Februari 2010. - Walaupun baru seminggu beroperasi, sebuah pusat judi haram yang terletak di Mambang Di Awan di sini begitu cepa 'menempah nama' sehingga dianggap sebagai yang terbesar di negeri ini.

Berbekalkan 64 buah mesin slot judi yang kesemuanya bernilai kira-kira RM256,000, pusat judi ini pada asalnya dibuka sebagai pusat hiburan keluarga, menjalankan kegiatan pertaruhan haram di ruang belakang premis.

Namun, kegiatan berani pengusaha sindiket itu tidak bertahan lama apabila premis itu diserbu sepasukan anggota polis, petang semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 3.30 petang itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,800.

Turut ditahan, seramai 37 kaki judi yang sedang leka bertaruh dan tiga pengendali premis berkenaan.

Serbuan dilakukan oleh 16 anggota polis yang diketuai Asisten Supritendan Nur Ashyikin Abdullah dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, pusat hiburan keluarga itu pada asalnya menempatkan mesin permainan biasa, tetapi ia kemudian menambah ruangan di bahagian belakang bagi menempatkan mesin-mesin judi.

"Kejayaan ini adalah hasil maklumat awam serta risikan pihak polis dan ini adalah serbuan yang terbesar di Kampar dan Perak pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, semua kaki judi yang ditahan adalah lelaki yang berusia antara 20 tahun hingga 65 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk diambil keterangan.

"Tiga pengendali premis tersebut pula ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya.

ArticlePublished 13 Jun 2014 3.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM