Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pecah Rumah Warga Sepanyol Argentina Ditangkap

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kes pecah rumah terbaru yang berjaya diselesaikan polis hari ini membabitkan empat warga asing dari negara Barat iaitu Sepanyol, Guatemala dan Argentina...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pecah-rumah-warga-sepanyol-argentina-ditangkap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:42 MYT

KUALA LUMPUR 8 Mac 2010 - Jika kejadian pecah rumah yang dilakukan oleh warga asing dari negara jiran, ia mungkin suatu perkara biasa bagi penduduk di negara ini.

Tetapi kes pecah rumah terbaru yang berjaya diselesaikan polis hari ini membabitkan empat warga asing dari negara Barat iaitu Sepanyol, Guatemala dan Argentina.

Warga Barat termasuk wanita mengandung, 42, dari Sepanyol itu ditahan tidak sampai lima minit selepas mereka merompak sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, dekat sini hari ini.

Penjenayah warga asing berkenaan menyasarkan kawasan-kawasan perumahan mewah dan bertindak pada waktu siang ketika penghuni keluar untuk bekerja.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, dalam kejadian hari ini, kesemua suspek yang bersenjatakan pisau bertindak memecah masuk rumah itu pada pukul 12.40 tengah hari.

Bagaimanapun, katanya, insiden itu disedari oleh jiran mangsa lalu menghubungi pemilik rumah tersebut.

"Pemiliknya, seorang pegawai pemasaran berusia 30 tahun, bergegas ke rumahnya dan menemui empat suspek di ruang tamu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

Menyedari kehadiran suspek di rumah itu, kata Abdul Jalil, mangsa menjerit sambil meminta suspek keluar dari rumahnya. Bagaimanapun, katanya, salah seorang suspek bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa dan memintanya supaya tidak membuat kecoh.

"Mereka kemudian melarikan diri menaiki kereta Toyota Avanza yang disewa mereka. Mangsa lalu menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu," jelasnya.

"Tindakan pantas mangsa menyebabkan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan berjaya memintas kenderaan suspek kira-kira 100 meter dari rumah mangsa," jelasnya.

Ketika polis memintas kenderaan itu, katanya, salah seorang suspek pula cuba melarikan diri dan terjun ke dalam longkang berhampiran.

"Bagaimanapun kita berjaya menahan kesemua mereka," ujarnya.

Kesemua barangan yang dilarikan bernilai kira-kira RM25,000 berjaya dirampas semula dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 397 kanun yang sama.

Kesemua suspek yang berusia 25 hingga 45 tahun itu kini dalam tahanan reman.

Dalam pada itu, Abdul Jalil meminta orang ramai supaya mencontohi sikap kejiranan ditunjukkan oleh jiran mangsa yang memaklumkan kejadian itu sejurus menyedari kehadiran orang asing.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM