Kuala Lumpur, 21 Nov - Sebanyak 196 buah komputer judi berjaya dirampas Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman, dalam operasi penggempuran berasingan di sekitar Selangor dan Johor.
Operasi turut berjaya menahan 24 suspek termasuk pemain yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian.
Dalam perkembangan lain, STAGG menggempur sembilan lagi pusat hiburan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, semalam.
Turut ditahan 23 wanita warga asing dan empat penjaga pusat perjudian.
Kedua-dua kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook rasmi beliau sebentar tadi.