Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pulapol Langkawi Sumbang Kerusi Roda

Published: 12 Jun 2014 9.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kota Kinabalu, 21 Feb - PULAPOL Langkawi telah menyumbangkan dua unit kerusi roda kepada Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pulapol-langkawi-sumbang-kerusi-roda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:36 MYT
Kota Kinabalu, 21 Feb- PULAPOL Langkawi telah menyumbangkan dua unit kerusi roda kepada Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.

Sumbangan daripada Mes dan Kelab PULAPOL Langkawi itu telah diserahkan sendiri oleh YDH ACP Aris@Ariff Bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi kepada Y.Bhg Dr William Gotulis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth II.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi fasiliti alat bantuan di hospital berkenaan dan dapat membantu kepada kualiti dan mutu kebajikan para pesakit.

Usaha untuk memberi sumbangan seperti ini akan diteruskan dan ini merupakan pendekatan pihak polis kepada masyarakat atau lebih dikenali sebagai “Komuniti Policing” dan dapat mencapai hasrat pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.

- Sumber PULAPOL Langkawi

Pulapol Langkawi Sumbang Kerusi Roda
ArticlePublished 12 Jun 2014 9.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM