Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 21 Feb - Pegawai dan anggota polis wajar mengutamakan tahap kesihatan yang baik dan mengekalkan ketangkasan semasa menjalankan tugasan yang semakin mencabar masa kini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sihat-tonggak-keselamatan-rakyat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:03 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

POLIS SIHAT TONGGAK KESELAMATAN RAKYAT

Bukit Aman, 21 Feb – Pegawai dan anggota polis wajar mengutamakan tahap kesihatan yang baik dan mengekalkan ketangkasan semasa menjalankan tugasan yang semakin mencabar masa kini.

Saranan itu disokong melalui kempen Program Gaya Hidup Sihat oleh Y.Bhg Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, bekas Ketua Polis Negara yang dilancarkan pada Mac 2012.

Untuk terus memberi kesedaran kepada segenap lapisan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Kebajikan Bukit Aman menganjurkan ceramah gaya hidup sihat bertajuk Kesihatan Lelaki di Dewan Theathrette, Menara 1, Bukit Aman pagi tadi.

Ceramah dikendalikan oleh Y.Bhg Professor Dr. Zulkifli bin Zainuddin, Pakar Bedah Urologis Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Amalan pemakanan sihat serta melakukan aktiviti fizikal amat penting ke arah persekitaran hidup yang sihat khususnya di tempat kerja", ujar Y.Bhg Dr. Zulkifli.

Ceramah ini memberikan pengetahuan tentang tips-tips kesihatan, punca-punca dan risiko penyakit oleh kaum lelaki serta kaedah-kaedah rawatan.

Ceramah dihadiri oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman, Pengarah Pusat Jantung/Paru-paru dan Pakar Perunding Bedah Jantung/Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad Bin Abu Zarim , Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH Dato' Shahbudin Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan, Pegawai dan anggota polis Bukit Aman.

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman bergambar bersama Pegawai Polis

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Kaunter Pendaftaran

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Dari kiri... YDH Dato' Muhammad Fuad Bin Abu Zarim , Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman, Pengarah Pusat Jantung/Paru-paru dan Pakar Perunding Bedah Jantung/Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Shahbudin Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan dan Y.Bhg Professor Dr. Zulkifli bin Zainuddin, Pakar Bedah Urologis Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Insp Amirul Adham bin Abdul Rahman, Pengaraca Majlis

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Antara yang hadir

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Y.Bhg Professor Dr. Zulkifli bin Zainuddin, Pakar Bedah Urologis Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Penyampaian Cenderahati

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM