Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pulapol Kuala Lumpur Komited Melahirkan Anggota Pdrm Yang Berhemah Dan Cemerlang

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR,14 DIS - 'Pulapol Kuala Lumpur komited dalam melahirkan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang berhemah dan cemerlang,'ujar Komandan Baru Pulapol Kuala Lumpur, Yang Dihormati Senior As..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pulapol-kuala-lumpur-komited-melahirkan-anggota-pdrm-yang-berhemah-dan-cemerlang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:29 MYT

KUALA LUMPUR,14 DIS - "Pulapol Kuala Lumpur komited dalam melahirkan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang berhemah dan cemerlang," -ujar Komandan Baru Pulapol Kuala Lumpur, Yang Dihormati Senior Assistant Commisioner Zulkifli bin Mohamed dalam ucapannya hari ini.

Berucap sempena Majlis Serah Terima Tugas Komandan Pulapol Kuala Lumpur, beliau berazam untuk memenuhi aspirasi kerajaan dalam memastikan Pulapol melahirkan produk modal insan yang berkualiti kepada transformasi pembangunan Negara. Bekas Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu turut menambah, beliau akan sentiasa meningkatkan keupayaan diri dan ilmu bersesuaian dengan misi dan visi pasukan dalam menghadapi situasi masyarakat yang demanding pada masa kini.

Pengalaman Digabungkan Dalam Menjana Kualiti Perkhidmatan

Yang Dihormati SAC Zulkifli bin Mohamed merupakan komandan Pulapol ke-41, menggantikan Yang Dihormati SAC Dato' Amar Singh Ishar Singh yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Ini merupakan penglibatan keduanya dengan Pulapol di mana sebelum ini beliau merupakan pensyarah undang-undang di sini selama tiga tahun sejak tahun 1995 sehingga 1997.

Menyentuh serba-sedikit mengenai beliau, YDH SAC Zulkifli merupakan anak kelahiran Muar, Johor dan berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA).

Beliau mula berkhidmat dalam PDRM sejak 1979 dan memulakan tugasnya sebagai Inspektor Unit Kawalan Kawasan di Gua Musang.

Beliau kemudiannnya meneruskan kariernya dan berkhidmat ke unit-unit dan jabatan-jabatan dalam PDRM seperti jabatan Pengurusan, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Dalam tempoh tersebut, beliau berurusan dengan pelbagai cabaran serta permasalahan dalam PDRM dan masyarakat sehingga menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah Urusetia JSJ Bukit Aman.

Berdasarkan profesionalisme beliau itu, YDH SAC Zulkifli telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk mengaplikasikan pengalamannya sebagai komandan baru Pulapol Kuala Lumpur pada hari ini.

Beliau telah menyempurnakan Majlis Tandatangan Terima Tugas Komandan Pulapol dan disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) PDRM, SAC Dato' Haji Mohammad Nadzri bin Ismail.

Majlis Serah Terima Tugas Komandan Pulapol ini bermula seawal 8 pagi dan selesai pada pukul 11 pagi dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pulapol, tetamu-tetamu jemputan dan pihak media.

Pulapol Kuala Lumpur Komited Melahirkan Anggota Pdrm Yang Berhemah Dan Cemerlang
Antara Pegawai-pegawai Kanan yang hadir...

Pulapol Kuala Lumpur Komited Melahirkan Anggota Pdrm Yang Berhemah Dan Cemerlang
YDH SAC Zulkifli bin Mohamed memberikan tabik hormat kepada kawalan kehormatan perbarisan...

Pulapol Kuala Lumpur Komited Melahirkan Anggota Pdrm Yang Berhemah Dan Cemerlang
Penyempurnaan upacara serah terima tugas Komandan Pulapol.

Pulapol Kuala Lumpur Komited Melahirkan Anggota Pdrm Yang Berhemah Dan Cemerlang
YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri menandatangani Buku Pelawat Pulapol di akhir majlis. 

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM