Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Published: 12 Jun 2014 8.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PULAPOL Langkawi, 1 Disember 2013 - Program Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran PULAPOL Langka..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pulapol-anjur-sunathon-anak-warga-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:57 MYT

PULAPOL Langkawi, 1 Disember 2013 - Program Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran PULAPOL Langkawi dengan kerjasama Hospital Langkawi serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi.

Program ini adalah cetusan idea YDH ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi. Seramai 115 orang kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun telah menyertai program ini yang terdiri daripada anak-anak warga PULAPOL Langkawi dan anak-anak penduduk sekitar Pulau Langkawi termasuk anak YDH Tuan Komandan sendiri. Penyertaan berkhatan ini adalah secara percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh PULAPOL Langkawi. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyambut cadangan YDH Komandan agar program ini dijadikan acara tahunan dan akan dimasukkan dalam kalendar LADA untuk dijadikan salah satu program pelancongan bagi menarik pelancong-pelancong khususnya pelancong luar negara untuk menyaksikan acara ini. YB Dato' Ir. Haji Nawawi juga telah menyumbang wang sebanyak RM 3,500.00 dalam majlis ini. YDH ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi berkata, ini adalah merupakan program Community Policing bagi merapatkan perhubungan antara masyarakat dengan Pasukan Polis dan berhasrat menjadikan acara tahunan bagi PULAPOL Langkawi.

Dalam program majlis berkhatan ini, kanak-kanak telah diraikan dengan penuh meriah. Sebaik selesai upacara perasmian, kanak-kanak disajikan dengan KFC, seterusnya menaiki kenderaan ATV mengelilingi sekitar PULAPOL. Acara kemuncak adalah perarakan beramai-ramai kanak-kanak yang hendak berkhatan dengan disertai ibubapa, pegawai dan anggota PULAPOL diiringi paluan kompang dan selawat bermula dari Surau Al Hikmah PULAPOL Langkawi hingga ke Mes Pegawai Kanan.

Kemudian kanak-kanak ini dimandikan dengan pancutan air oleh anggota Bomba Dan Penyelamat Langkawi. Acara berkhatan diadakan di bilik VIP Dewan Banquet oleh seramai 15 orang Pegawai Perubatan dan Pembantu Perubatan dari Hospital Langkawi dengan diketuai oleh Dr. Low Lee Yam. Acara berkhatan ini bermula pada jam 9.30 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 4.45 petang. Selesai berkhatan semua peserta ditempatkan selama satu malam di dalam Dewan Banquet sebelum dibawa balik oleh Ibubapa masing- masing.

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi


Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi


Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

Pulapol Anjur Sunathon Anak Warga Langkawi

ArticlePublished 12 Jun 2014 8.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM