Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Kepada Anak Anak Warga Pulapol Langkawi
PULAPOL Langkawi, 4 Disember 2013 - Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Tahun 2014 Kepada Anak-Anak Warga PULAPOL Langkawi diadakan di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi.
YDH ACP Aris @ Arif Bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi telah berbesar hati memberi sumbangan berupa kelengkapan persekolahan kepada anak-anak Pegawai, Anggota dan Pegawai Awam PULAPOL Langkawi bagi sesi persekolahan tahun 2014. Seramai 89 orang anak-anak staf PULAPOL Langkawi terlibat dalam majlis yang julung-julung kali diadakan ini.
Bantuan ini diberi bertujuan untuk
meringankan beban warga PULAPOL dalam penyediaan kelengkapan
persekolahan anak-anak untuk tahun 2014. Penyampaian ini disempurnakan
oleh YDH ACP Aris @ Arif Bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi serta para
Pegawai Kanan PULAPOL Langkawi.



