Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pucuk Pimpinan Pdrm Bersama Pm Dalam Majlis Iftar Dengan Komuniti Zon Utara

Diterbitkan: 14 Apr 2023 8.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Petani, 14 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani bersama masyarakat zon utara yang disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pucuk-pimpinan-pdrm-bersama-pm-dalam-majlis-iftar-dengan-komuniti-zon-utara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:04 MYT
Sungai Petani, 14 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani bersama masyarakat zon utara yang disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Latihan Asas Kepolisan dekat sini itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama isteri, Datin Seri Norhayati Musa dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul.

Menerusi majlis tersebut, Dato' Seri Anwar berkesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan berupa Bakul Rahmah kepada 300 penerima bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan.

Beliau yang diiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Tan Sri Acryl Sani turut menyerahkan Surat Keputusan Kewarganegaraan kepada 21 individu yang layak serta menyempurnakan Program Jom Exchange Al-Quran kepada tiga wakil penerima.

Seusai berbuka puasa, pucuk pimpinan Pasukan telah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah dan kemudiannya menunaikan solat fardhu Isyak, solat sunat Tarawih serta menikmati moreh bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis PDRM Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Suhaily Mohd Zain, Ketua-ketua Pengarah jabatan negeri dan Persekutuan serta para pengamal media.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 5 people and dais

May be an image of ‎4 people, dais and ‎text that says '‎روضع MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI IFTAR KDN MADANI BERSAMA YAB DATO' SERI ANW

May be an image of 3 people and text that says 'S ACRYL SANI POLIS'

May be an image of 3 people and text that says 'S ACRYL SANI POLIS'

May be an image of 4 people and text that says 'PENERIMA SUM A IGAN PENER SUMBA RK'

May be an image of 1 person and lighting

May be an image of 6 people

ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2023 8.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM