Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Suntik Semangat Sahur Bersama Petugas Mpv Dan Urb

Diterbitkan: 14 Apr 2023 10.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Cakna dengan pengorbanan anggota polis yang bertugas, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa hadir program Singgah Sahur Bersama Petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-suntik-semangat-sahur-bersama-petugas-mpv-dan-urb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Cakna dengan pengorbanan anggota polis yang bertugas, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa hadir program Singgah Sahur Bersama Petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Keperihatinan yang dizahirkan KPN sedikit sebanyak menyuntik semangat bekerja anggota Pasukan untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapannya berkata, beliau rasa bangga atas komitmen yang diberikan kerana sanggup mengetepikan kepentingan diri, demi tugas terutamanya yang akan bertugas di hari lebaran nanti.

"Saya doakan agar segala urusan kita dipermudahkan dan semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang bentuk bencana dan marabahaya," kata beliau.

Sejurus selesai, anggota MPV dan URB kembali meneruskan tugas rondaan keselamatan di sektor masing-masing.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman, Timbalan Pengarah (Operasi), JPJKK Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Spanco Sdn. Bhd., Dato' Azman Hj. Idris.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Operasi Darat) JPJKK Bukit Aman, SAC Jamil Salleh, KPP (Pengurusan Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran, KPP (Koordinasi Sumber Manusia) JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abd Halim dan barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 4 people

May be an image of 7 people


May be an image of 12 people

May be an image of ‎4 people and ‎text that says '‎P SHAFEE YAHAYA ר POLIS b POLIS MAHIDI‎'‎‎

May be an image of 9 people

May be an image of 1 person, table and crowd

May be an image of 5 people and motorcycle

May be an image of 6 people
ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2023 10.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM