Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pti Ditahan Ketika Leka Tunggu Bot 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 5 Feb - 10 warga Indonesia termasuk tiga orang perempuan ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 kerana dipercayai cuba keluar dari negara ini secara haram di hutan Pantai Kompleks Sukan Ai..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pti-ditahan-ketika-leka-tunggu-bot-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:15 MYT

Johor Bahru, 5 Feb - 10 warga Indonesia termasuk tiga orang perempuan ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 kerana dipercayai cuba keluar dari negara ini secara haram di hutan Pantai Kompleks Sukan Air & Udara, Bandar Penawar, Kota Tinggi malam semalam.

Menurut Komander Polis Marin Wilayah Dua, ACP Zainol Abidin bin Hasan, serbuan dibuat oleh PPM Pengerang mendapati 10 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) sedang berkumpul dan menyorok di dalam hutan tersebut yang dipercayai sedang menunggu untuk pulang melalui laut menggunakan bot pancung.

"Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai cuba keluar dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan," katanya.

"Jika aktiviti ini tidak dibenteras ia akan menjadi dorongan untuk kemasukan semula PTI dan menyebabkan kebanjiran PTI di negara ini," ujar beliau lagi.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) untuk tindakan lanjut.

Sumber : Pasukan Polis Marin Johor Bahru

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM