Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Nekad Terjun Laut Elak Dicekup PPM

Diterbitkan: 19 Jun 2014 12.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semporna, 5 Feb – Seorang lelaki nekad terjun ke laut bagi mengelakkan diri daripada dicekup sepasukan Polis Marin (PPM) Semporna semasa menjalankan Op Cantas Laut di sebuah rumah tidak bernombor di K..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-nekad-terjun-laut-elak-dicekup-ppm-20140619
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:03 MYT

Semporna, 5 Feb – Seorang lelaki nekad terjun ke laut bagi mengelakkan diri daripada dicekup sepasukan Polis Marin (PPM) Semporna semasa menjalankan Op Cantas Laut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Labuan Haji, malam tadi.

Menurut ACP Mohamad bin Madun, Komander PPM Wilayah ketika serbuan pihaknya telah menemui tiga botol baja urea, tiga unit detonator (peledak) yang telah siap dipasang sumbu dan 50 unit detonator yang disembunyikan dalam air di bawah rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya melarikan diri dan peralatan yang dijumpai dibawa pulang ke Markas Operasi PPM serta disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Lelaki Nekad Terjun Laut Elak Dicekup PPM
Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna Sabah

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 12.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM