
Article
Pru Ke 15 Timbalan Kpn Sertai Solat Hajat Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Bersama Ydp Negeri Melaka
Melaka, 4 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain petang semalam mengiringi Yang di-Pertua (YDP) Negeri Melaka...
Melaka, 4 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain petang semalam mengiringi Yang di-Pertua (YDP) Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam ke Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) di Surau Al-Majid, Perumahan Polis Seri Temenggong, di sini.
Hadir sama isteri YDP Negeri Melaka, Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Binti Abdul Rahman dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.
Yang turut hadir, Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Dato' Zainol Hj. Samah bersama isteri, Datin Sabariah Hashim, KP Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Timbalan KP Melaka, SAC Datuk Razali Abu Samah dan isteri, Datin Hamsiah Mohd Hanis serta Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah.
Majlis tadi dipimpin oleh Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Encik Mohd Anis Hamzah dengan disertai lebih kurang 200 warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka yang akan bertugas dalam PRU Ke-15 nanti.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.