Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kdn Serah Empat Bot Dan Peralatan Operasi Menyelamat Kepada Polis Temerloh Dan Maran

Diterbitkan: 03 Nov 2022 4.42 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Temerloh, 4 November 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said semalam menyerahkan empat buah bot dan peralatan menyelamat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh serta Maran sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdn-serah-empat-bot-dan-peralatan-operasi-menyelamat-kepada-polis-temerloh-dan-maran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:59 MYT
Temerloh, 4 November 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said semalam menyerahkan empat buah bot dan peralatan menyelamat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh serta Maran sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Majlis penyerahan yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain itu diadakan dekat Dewan Komuniti Kampung Penderas di Kuala Krau, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf serta Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin.

Terdahulu turut diadakan sesi taklimat keselamatan MTL oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff kepada masyarakat orang asli dan sketsa menyelamat oleh Pasukan Menyelamat IPD Temerloh.

Seusai majlis, Tan Sri Razarudin bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman diiringi Dato' Sri Ramli dan isteri selaku Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden sempat meluangkan masa menyantuni bekas anggota polis yang uzur, pesara Koperal Nok Anak Hek di rumahnya dekat Kampung Pasu, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Pahang.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.

Kdn Serah Empat Bot Dan Peralatan Operasi Menyelamat Kepada Polis Temerloh Dan Maran

Kdn Serah Empat Bot Dan Peralatan Operasi Menyelamat Kepada Polis Temerloh Dan Maran

Kdn Serah Empat Bot Dan Peralatan Operasi Menyelamat Kepada Polis Temerloh Dan Maran

Kdn Serah Empat Bot Dan Peralatan Operasi Menyelamat Kepada Polis Temerloh Dan Maran

May be an image of 6 people, people standing and headscarf

May be an image of 8 people, people sitting and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, outdoors and text that says 'MOZA POLIS FEZAH POLIS'

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'CHA IPD TEMERLOH'

May be an image of 5 people, people standing, people sitting and text that says 'SIAPAN KESELAMATAN MASYARAKAT GI MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT NYERAHAN BoT

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 8 people, people standing, outdoors and text that says 'BALAI POLIS KKRAU बE'

May be an image of 10 people, people standing, outdoors and text that says 'BALAI POLIS KKRAU'
ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2022 4.42 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM