
Article
Pru Ke 15 Kpn Bersama Mdn Hadir Taklimat Persediaan Kontinjen Kelantan Hadapi Mtl Dan Pru
Kota Bharu, 28 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin hadir...
Kota Bharu, 28 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin hadir mendengar taklimat persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU Ke-15), di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini pagi tadi.
Taklimat persiapan menghadapi MTL dan PRU Ke-15 telah disampaikan sendiri oleh Ketua Polis negeri.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA, Datuk Yahya Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd Amin, Ketua Komunikasi Korporat, ACP Skandaguru Anandan, barisan Ketua Jabatan IPK Kelantan dan para pegawai kanan polis.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini