
Artikel
Pru 15 Timbalan Ketua Polis Negara Tinjau Proses Undi Awal Warga Pdrm
Kuala Lumpur, 15 November 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain turun padang bagi melihat sendiri proses pengundian a...
Kuala Lumpur, 15 November 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain turun padang bagi melihat sendiri proses pengundian awal warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), di sini, pagi tadi.
Ketibaan Timbalan KPN di perkarangan dewan telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dan Timbalan Kepolisan Am, PULAPOL Kuala Lumpur, Superintendan Razali Hj. Mohamed Shahid.
Proses pengundian yang berlangsung di kedua-kedua lokasi tersebut telah berjalan dengan lancar dan sistematik.
Turut sama hadir, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan KPD Sentul, Superintendan Heisham Harun.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.