Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Buka 30 Kertas Siasatan 14 Tangkapan Kesalahan Kempen Pilihan Raya

Diterbitkan: 15 Nov 2022 11.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 15 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 30 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) termasuk membuat 14 tangkapan, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-pdrm-buka-30-kertas-siasatan-14-tangkapan-kesalahan-kempen-pilihan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
 
Kuala Lumpur, 15 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 30 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) termasuk membuat 14 tangkapan, semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, jumlah itu membabitkan lapan kertas siasatan di Sabah, Johor dan Kelantan masing-masing empat, Selangor (tiga) dan dua masing-masing di Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Pahang serta Sarawak manakala satu di Terengganu.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504, 435, 506, 505, 147, 427, 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 dan beberapa kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

"Selain itu, polis turut menahan 14 individu membabitkan kes yang dilaporkan di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pru15-pdrm-buka-30-kertas...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Buka 30 Kertas Siasatan 14 Tangkapan Kesalahan Kempen Pilihan Raya
ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2022 11.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM