Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pru 14 Pdrm Perkasa Pengurusan Media

Published: 01 Mar 2018 7.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
PRU-14: PDRM PERKASA PENGURUSAN MEDIA Cheras, 1 Mac 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) meneruskan siri latihamal Ex-UNDIPER Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan memfokuskan aspek pengurusan media di Maktab PDRM Kuala Lumpur, dekat sini, sebentar tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-14-pdrm-perkasa-pengurusan-media
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:39 MYT

Cheras, 1 Mac 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) meneruskan siri latihamal Ex-UNDIPER Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan memfokuskan aspek pengurusan media di Maktab PDRM Kuala Lumpur, dekat sini, sebentar tadi.

Antara objektif utama seminar ini dianjurkan adalah sebagai persiapan kepada PDRM untuk merancang dan mengurus media secara strategik serta berkesan dalam menghadapi sebarang kemungkinan situasi ketika pilihan raya berlangsung.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad dalam sesi ceramah beliau bertajuk ‘Handling Media Management And Interviews’ turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang tatacara pengendalian sidang media ketika menghadapi krisis PRU ke-14.

Dalam pada itu, turut berlangsung demonstrasi pertunjukkan kawad serah menyerah tugas kawalan ketenteraman awam antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua-Ketua Polis Negeri, Ketua-Ketua Polis Daerah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

28337427_1836703106339988_897078560821411954_o

28336787_1836703209673311_4984841182054245826_o

28337376_1836702873006678_5125748940428548571_o

28423941_1836703309673301_8457980041962734691_o

28424113_1836703096339989_2497451980314927471_o

28424129_1836704769673155_8612111784258649895_o

28514828_1836704656339833_8410650455061017243_o

28424559_1836704789673153_560515813999143546_o

28424642_1836704879673144_5615514929468933667_o

28337475_1836704739673158_1065949368030113777_o

28337179_1836704903006475_7225744620291149894_o
ArticlePublished 01 Mar 2018 7.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM