Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara

Diterbitkan: 01 Mar 2018 4.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pelaksanaan Amalan dan Teknologi Hijau merupakan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara, selain bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terutamanya kepada warga PDRM mengenai pentingnya pemuliharaan alam sekitar untuk kehidupan yang lebih lestari. Sebagai mendokong usaha tersebut, PDRM telah mengadakan Bengkel Rekabentuk Bangunan PDRM ke arah mencapai Key Performance Indicator (KPI) Blueprint 2.0 Amalan dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016-2020 bermula 26 Januari lalu dan berakhir hari ini di Maktab Teknik PDRM Bakri, dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sasar-penuhi-kpi-komited-sokong-dasar-teknologi-hijau-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:23 MYT
Muar, 1 Mac 2018 - Pelaksanaan Amalan dan Teknologi Hijau merupakan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara, selain bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terutamanya kepada warga PDRM mengenai pentingnya pemuliharaan alam sekitar untuk kehidupan yang lebih lestari.

Sebagai mendokong usaha tersebut, PDRM telah mengadakan Bengkel Rekabentuk Bangunan PDRM ke arah mencapai Key Performance Indicator (KPI) Blueprint 2.0 Amalan dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016-2020 bermula 26 Januari lalu dan berakhir hari ini di Maktab Teknik PDRM Bakri, dekat sini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Hijau dalam ucapannya menjelaskan bahawa PDRM telah menetapkan sasaran pensijilan hijau iaitu minima empat bintang bagi bangunan baru dan minima tiga bintang bagi bangunan sedia ada.

“Amalan dan Teknologi Hijau ini juga mampu memberi impak positif dan penjimatan yang besar dari aspek kos-kos utiliti terutamanya dari segi perbelanjaan elektrik dan air”, ujar beliau. Terdahulu, Dato’ Sri Zulkifli turut mempengerusikan persidangan bersama 32 formasi, kontinjen dan jabatan mengenai aktiviti pelaksanaan Amalan Dan Teknologi Hijau PDRM secara live video conferencing.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, DCP Dato’ Haji Azri Haji Ahmad merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankusa Induk Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi (TechAD), SAC Nik Murtaza Mahmud, Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, SAC Suhaimi Ismail, wakil-wakil agensi dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Bergambar kenangan bersama Pengarah KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau NegaraPengarah KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah berlepas ke Maktab Teknik Bakri, Muar, Johor.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Ketibaan Pengarah KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Ketibaan Pengarah KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Timbalan Pengarah JIPS, Dato' Hj. Azri Hj. Ahmad menandatangani buku lawatan.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Pengarah KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah di Penutupan Bengkel Rekabentuk Bangunan PDRM ke arah mencapai KPI Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016-2020.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Antara pegawai kanan polis yang hadir ke Penutupan Bengkel Rekabentuk Bangunan PDRM ke arah mencapai KPI Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016-2020.

Sekitar Penutupan Bengkel Rekabentuk Bangunan PDRM ke arah mencapai KPI Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016-2020.

Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Pengarah KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah di Penutupan Bengkel Rekabentuk Bangunan PDRM ke arah mencapai KPI Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016-2020.
 
Pdrm Sasar Penuhi Kpi Komited Sokong Dasar Teknologi Hijau Negara
Sekitar live video conference berlangsung.
 
ArtikelDiterbitkan 01 Mar 2018 4.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM