Cheras, 1 Mac 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) meneruskan siri latihamal Ex-UNDIPER Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan memfokuskan aspek pengurusan media di Maktab PDRM Kuala Lumpur, dekat sini, sebentar tadi.
Antara objektif utama seminar ini dianjurkan adalah sebagai persiapan kepada PDRM untuk merancang dan mengurus media secara strategik serta berkesan dalam menghadapi sebarang kemungkinan situasi ketika pilihan raya berlangsung.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad dalam sesi ceramah beliau bertajuk ‘Handling Media Management And Interviews’ turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang tatacara pengendalian sidang media ketika menghadapi krisis PRU ke-14.
Dalam pada itu, turut berlangsung demonstrasi pertunjukkan kawad serah menyerah tugas kawalan ketenteraman awam antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua-Ketua Polis Negeri, Ketua-Ketua Polis Daerah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.