Program Walkabout Meet And Greet Ydh Dato Mohd Nizar
KUALA
LUMPUR, 10 Ogos - Hubungan polis dan masyarakat yang sekian lama
terjalin dipereratkan lagi dengan program High Profile Policing
'Walkabout dan Meet and Greet' oleh YDH Dato' Mohd Nizar Bin Mohd Ali,
Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), pagi ini.
Program
hari ini berlangsung di Jalan Tar, sekitar kawasan Masjid India dan
Chow Kit. Lokasi yang padat dengan peniaga-peniaga barangan kehendak
bersesuaian dengan objektif utama program ini dalam mengimplementasikan
'Polis Bersama Masyarakat' sekaligus memperkukuhkan kualiti institusi
kepolisan di negara ini.
Turut
hadir dalam program ini YDH SAC Hasanuddin bin Hassan, Ketua Penolong
Pengarah Pengurusan (Perjawatan), YDH Ketua-Ketua Polis Balai,
Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan anggota polis.










Sekitar gambar Walkabout

Singgah melawat Balai Polis Cow Kit

Anggota Kaunter Pertanyaan melaporkan keadaan balai

Mengisi buku lawatan
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind